cursor

Jumaat, 4 April 2014

Kemana MAS MH370- conclusion a.k.a spikulasi - Part 2




  • Ade orang kata amalkan surah & ayat (huhuhu terlupe lak surah ape) tapi sempat gak aku search kat blog org lain (ummu asiah) tadi...doa dia mcm ni bunyi nya :


"Ya Allah Tuhan dari sesuatu yang hilang, Ya Tuhan yang memberikan petunjuk dari kesesatan, kembalikanlah barangku yang hilang."
 
atau
 
"Maha Suci Tuhan Allah zat yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai (lupa) wahai Tuhan, ingatkanlah aku apa yang aku lalai(lupa)"


Berkat doa ini & bacaan yasin ade satu ustaz ni bermimpi mengenai MH370 ini...tidak kurang juga ade juga insan yang berdoa & mengamalkan surah ini mendapat mimpi yang sama seperti ustaz ini..Bagi aku, tak pelah mimpi kadang kala ianya satu petunjuk..kadangkala satu mainan tidur..dan kadangkala kita bermimpi mengikut kotak simpanan memory di belakang kepala kita.(kalo tak silap aku lah kedudukannyer)..apa2 hal pon meh la kita teruskan berdoa & baca yasin buat mangsa...jgn putus asa..terpulang lah kepada anda untuk menilai nya...


 
MH370, Mimpi Seorang Ustaz


Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.

Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.

Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.

Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……

Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.

Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..

Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.

Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.

Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.


“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”

Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.

Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.

Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.

Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin. - USTAZ DARUL MANZIL


My Media Hub


 

Super~MAMA




Hahahaha..memang macam super heroin kan kan kan?





En hubby lak cakap ; “sian dulu kecik2 tak dapat main macam ni”…Kui kui tengah stress giler..tu yg posing mcm gini nih..hahaha yela  bayang kan :



  • Pagi – kejar masa untuk solat subuh di masjid kat opis, (kadang2 solat dulu kat umah),iring en hubby ambil motor serta pergi kerja & hantar anak2 ke rumah pengasuh, belajar mengaji & masuk kerja.(bekpast kadang2 ngan kawan,kadang2 bawak bekal & bungkus, kadang2 pose)..lambat kuar umah,JEMMMMM! 


  • Tghri – ambil anak dr umah pengasuh hantar anak ke sekolah & sambung kerja.Solat ikut suke kat mane coz banyak tempat kat opis nih,lunch dengan en hubby kat luar,atau bungkus ngan kawan atau makan “F”,malas tak makan tak pon pose.Pastu tido atau tulih blog yg tak sudah2 nih..hahhaha tak pon berinternet ler..ikut suke jari nak search ape..tak pon chat ngan sahabat baik ku Zurina Hafsah..(haha sebenarnya sepanjang hari chat ngan dia..sms kan, bila kelapangan balas wlpn lewat berjam2.hahhaha)
 
  • Tghri ke Petang – sambung lik kerja,habis kerja ambil anak di sekolah & rumah pengasuh,tunggu en hubby datang opis (kadang2 solat dulu pastu ambik dia di tempat kerja dia) dan pulang ke rumah.
 
  • Petang nak ke malam - Sampai rumah bagi kucing makan,masak utk family,bubur adik,basuh baju & kemas umah ape yg sempat & buat ape yg sepatutnya dibuat (majoriti tak sempat kemas umah coz sibuk buat lain2 hal)..terbaru kene hantar syahmi g ngaji…pastu ambik dia (kadang2 coz yg nih bila papa tak de)..
 
  • Malam – Makan,semak barang2 yg nak dibawa esok,solat pastu sidai kain..(org pon pelik tgok aku sidai kain mlm2 hahaha)..bagi ikan makan (kalo en hubby tak sempat bg & aku tak bagi paginya), pastu tido (kene awal coz mlm2 kene bangun buat susu anak..kadang2 awal pon pukul 11 mlm.layan karenah anak2 serta en hubby & kucing & kadang2 layan CD satu family).
 
  • Tengah malam – rajin, bangun buat solat sunat & mengaji @ kemas umah @ solat isyak yg tak sempat buat awal waktu dia tadi..pastu buat susu adik bg adik n sambung tido.(kadang2 saje tak mo bangun bancuh susu adik,suh dia diet kit t awal pagi baru bagi susu & kalo penat & dah solat isyak awal2 tadi,aku sambung tido je ler sampai ke awal pagi hahaha)…
 
  •  Awal2 pagi ke subuh – bangun bancuh susu adik..(kadang2 dah cover yg dengan tgh mlm so tak buat lah)…iron baju abg long @ baju aku yg tak sempat iron hr minggu pastu bancuh lagi susu adik & milo abg long utk bekalan di tengah perjalanan nanti...Bagi Che Teh makan & Kaloi makan…Kuar umah pergi kerja.
 
  • Hari sabtu & AhadNO ENTRY- hahhahahaha hr nih lah aku nak pergi berjalan, nak pergi shopping, nak pergi balik kampung, pergi rumah adik beradik,pergi bercuti,pergi kenduri kendara…TAK PON aku kene kemas umah…iron baju aku utk seminggu, baju sekolah abg long untuk 3 hari,packing barang2 anak2..mandi kan kucing dan macam-macam lagi kerja aku kene buat & kerja2 remeh temeh,kecik2 ini lah yang aku kene pandai bahagikan masa time bila aku kene buat...

Macam nak gile rasenyer..kalo miss 1 day acara nih..memang bertampuk lah keje yg bakal menunggu aku…dan memang hebat lah buat ibu2 yg macam aku yg berkerjaya & surirumah separuhmasa…tiada maid,hanya bantuan dr anak2 sendiri & suami tercinta (kadang2)…..syukur time dia bantu aku boleh rehat dah.Time aku wat kerja en hubby jaga anak2 dah lega gile..tak ler aku jadi TARZAN jer memanjang..paling aku bersyukur..aku nyer kerja ofice hour & working days…amin sangat2..


Dan syukur gak  abang long rajin tolong mama…dalam masa yang sama aku ajar jugak dia buat kerja rumah agar dia tak kekok nanti besar & macam papa tolong mama buat kerja rumah jugak..tak de istilah ye, KERJA PEREMPUAN AJER!!...bakal menantu aku lak jgn lak nk lepas tangan tgok t suami wat kerja umah..sama2 buat kerja k..jgn nak ngade2..zaman lani tak de lah istilah KING or QUEEN…


Pistt~ tapi yg pelik aku still gak gemok…hahahhahha


SAYANG IRFAN!



Seorang hamba Allah yg kuat berusaha…sangat peramah & murah dengan senyuman..paling suka bila org ajak sembang ngan layan dia…dan sayang pipi dia…menitis air mata mak su apabila terkenang kan IRFAN…macam2 yang mak su fikirkan….tetapi mak su pasti Allah lebih mengetahui dan ade hikmah yg baik, ade tersembunyi buat IRFAN…


~ Seorang yang pasti ahli syurga!..tiada hisab!tiada apa2..hanya bersih sebersih2nya umpama kain putih yg terhampar…….. ~




Umur dah 2 tahun lebih…Masih terlantar,masih berbaring tetapi mempunyai semangat yg kuat nak bangun..tapi kakak2, abang2 pula yang sibuk dengan urusan masing2 sehingga tidak sempat nak melayan IRFAN….kalau mak su kaya,mak su ambil dah IRFAN tinggal dengan maksu…akan Maksu hantar fisioterapi atau ape-ape cara untuk Irfan dapat bergerak…


Tapi apa yang penting Maksu,Paksu,Abang Syahmi ngan Adik Syaqwi sayang IRFAN….Ya Allah aku yakin Engkau pasti mengetahui segala2nya yang kami hamba-Mu yg hina ini tidak mengetahui nya….Tempatkan lah syurga utk Irfan & permudahkan lah kehidupan dia di muka bumi yang sementara ini..Amin.




Khamis, 3 April 2014

Terkunci lagi!







Nak tergelak pon ade…rasenyer dah kali keberape lah aku nih, macam “mak nenek” dah pelupanyer……. 


~:KUNCI  DALAM KETE,ENJIN MASIH TERPASANG!:~






Hahhahha sibbaik ler MY HERO ade..sibbaik dia tak g latihan luar ke keje luar ke..kui kui..kalo tak tak tau ler..kering minyak kete aku..huhuhuhu…ape2 pon lani aku dah BERINGAT!...