cursor

Selasa, 23 September 2014

Sayu Hati Ini.....



Kejam nyer dikau wahai manusia..
Berterusan mengata,memburukkan ku & memfitnah ku sentiasa,
Kini berjangkit pada suami ku pula,
Layak ku gelar diri mu MANUSIA DURJANA....


Wahai manusia durjana..
Sungguh angkuh diri mu berbicara,
Tegasnya diri mu mengata,
Tanpa mengira apa...
 

Wahai manusia durjana..
Hikpokrit mu terlalu ketara,
Hanya manusia biasa yang termakan jua,
Bukan aku wahai si durjana...


Wahai manusia durjana...
Hati mu terlalu kotor untuk menerima,
Segala kebaikan yang tertera,
Segalanya engkau kata salah belaka....


Wahai manusia durjana...
Berbicara lah selagi daya,
Mengata lah selagi terdaya,
Memfitnah lah selagi berdaya,
Ku harap agar dikau mendapat bala....


Wahai sang hati..
Bersabarlah dikau menanti,
Berdoalah agar di kau tidak disakiti,
Pasti ade balasan yang menanti.....



~ sabar lah wahai hati ZARA~

Rabu, 17 September 2014

Aku Di Fitnah Lagi Di Tempat Baru!



Lama tak update..bz giler coz tgh renovation...lani baru free..tak pelah..kali nih aku nk bercerita..AKU DIFITNAH LAGI! Memang terbaik..Lagi hebat dari tempat lama...

Kali nih isu kabel dan macam-macam lagi, kalo lah korang rase kabel yg terpakai bertahun2 tu mahal sangat,yg dah kene potong tu terlalu mahal sangat,sampaikan nak fitnah aku semahunya TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK YA.....kerana :


  • Barang yang boleh guna, aku ambil untuk kegunaan opis aku balik..bukan untuk kegunaan rumah aku ya..dr di lupus begitu sahaja.Releven dengan kegunaan..bukan suka suki nak gune brg yg dah lama..mcm mana kita nak maju kalo asyik gune brg yg sudah lama?

  • Kabel yang korang rase berharga sangat, yang korang tuduh aku tu,yang aku & en hubby ambik pada hujung minggu tu TQVM ya..campak kat dlm kete aku pon lom tentu aku nak bik..setakat bape sen je korang nk fitnah kami mmg tak berbaloi..tapi berbaloi kalo korang dpt makan “spike but” laki haku..Kantoi sape yg fitnah laki aku tu,tau la nasib korang ye..cari pasal dengan aku masih selamat,coz aku MALEH nak layan...dgn laki aku..nasib kome lah..aku tak nak cover!penat nk cover..sorry!

  • Buat pengetahuan korang hari minggu untuk aku bersama family..duit tol RM10,minyak RM15,makan lagi..kalo berbaloi dgn nilai ape yg korang tuduh tu tak pela jugak..jgn tunjuk sgt yg korang tu bodoh,ortodoks dan berhati busuk..intergriti tak de dlm jiwa toi!

  • Lagi satu,Itu opis aku,tanggungjwb aku..bukan tanggungjwb korang yg nak bik kesempatan ok!aku lapor diri utk menjaga opis nih..so korang sape yg pandai2 nk tunjuk “taiko” kat opis aku?pelik coz ko tak de kaitan lansung dgn opis aku mahupon ko bos aku wokey...

Buat kengkawan baru, plz lah...gunakan otak dengan waras,,jgn ingat aku diam korang boleh pijak2 lagi ok..sekali aku bangun,terhentak kome! dan jangan ingat aku tak de agama yang tak tau apa erti halal n harammmm... INGAT TU!


Penghormatan untuk mangsa MH17



~Sayu tengok jenazah yang dibawa pulang ke malaysia...

  (sumber dr google imej)


( sumber dr google imej)
  • Tabik hormat pada Yang Di pertuan Agong kita yang turut sama memberi penghormatan...
  • walaupon terdengar desas desus yang kurang enak pasal mangsa MH17 ni di beri penghormatan oleh pasukan tentera kita lebih berbanding dengan Jenazah Wira2 Negara yang terkorban di Lahad Datu, aku sekadar hanya mampu tersenyum & memerhati dan membaca ape luahan sekeliling aku dan ini hanya aku mampu memberi kesimpulan..



Orang Pesara serta badan beruniform berkata,
Tiada selayak nya mereka menerima sedemikian rupa,
Berbanding dgn Wira2 kita,
 kerana itu adalah  ADAT TENTERA,
Mereka itu bukan sapa-sapa..
Mereka juga bukan anggota Tentera,
 atau badan beruniform kita,
Tetapi bila insan lain berbicara bagi pihak mereka,
Aku termanggu seketika kerana kebenaran kata2..
Mereka juga membawa maruah Negara,
Mereka juga aset Negara,
Wlpn berlainan bidang yang dibawa,
teringat lagu yang berkata,
“Kekanda dimedan perang”

“Adinda di medan seni”
“Sama2 berjuang”
”sama2 berbakti”
Jadi tidak salah mereka dihargai sebegini
Sedangkan Negara luar juga menghormati mereka..
(sumber dr google imej)

 
(sumber dr google imej)

Inikan pula di negara kita,
Jadi Bersihkan jiwa,bersihkan hati...
~Kerana  setiap insan mempunyai bahagian masing2 yang telah Allah tentukan untuk nya~

MH 17



Lama sudaa aku tidak berbicara lagi...semenjak opis tgh sibuk kami packking utk renovation dan audit yang sibuk jugak time nih lah nak dtg buat eksa @ 5s..pc pon dah kene hangku coz nak kosongkan opis..maka segala dunia siber terpaksa di berhentikan...



Isu MH370 yang hilang tak setel lagi maka tembul lak isu MH 17 yang di tembak jatuh.. mcm-mcm rencana berkata atas kesilapan anggota tentera menembak pesawat,ada juga berkata atas kesilapan negara kita yg terlalu KERAS memperjuang kan islam dan macam-macam lagi..tapi ape pon "Ya Allah..bala apakah engkau turunkan kepada kami?apakah yang engkau mahu peringatkan kepada kami ya Allah?"...persoklan demi persoklan yang bermain di benak ku..tapi siapakah aku?aku hanya mampu berdoa & melihat setiap keputusan hasil dr kejadian ini....kerana setiap kesilapan bercondongkan kepada dunia yg berteknologi canggih ini amat mustahil..apa-apa pon biarlah Allah yang menghukum & membuktikan kebenaran,maka sama2 lah kita rakyat MALAYSIA! bersatu berdoa menentang musuh negara & Pembunuh Anggota negara kita!



Salam takziah aku ucapkan kepada mangsa yang terlibat..Al fatihah aku alun kan kepada mangsa beragama islam..sungguh meruntun jiwa aku melihat banyak jiwa & raga yang terlibat mengalami kesedihan....semoga kita mengambil iktibar & pengajaran dr ape yang berlaku..



sumber dr google




~ AL FATIHAH ~


Rabu, 3 September 2014

Gigi ooo Gigi....



Hehe lawak lak tajuk kali nih..cite pasal gigi syahmi..hr tu dok tampal gigi lani (semalam 2 hb september 2014) gigi tercabut....sangat sangat senang..



Ami : ma gigi ami dah tercabutt daaa......

Mama : hah?mana...

Ami : Nih...

Mama : mcm mana boleh tercabut?

Ami : tadi dalam kete ami cabut kn..dah goyang-goyang..ami tarik lah..

 (sambil menunjuk gigi dia..hahahaha)

Mama : adeh...