Kali ini saya nak bercerita tentang daging Kijang…Banyak kali
jugak minta daging rusa kat hubby..tapi banyak kali jugak lah kami terlepas
satu gerai kat tepi jalan yang menghala ke saujana impian sg buloh.(tak pasti
nama tempat tu)..tapi hahhaha Rusa yang ku pinta Kijang yang ku dapat..
Yang ini mak mertua saya yang masak & bekalkan kepada
kami….(coz time nih saya ‘outstation’ hanya my hubby & my hero jer yang lik
kampung).Daging kijang ini boleh masak ape jer,kari,bakar & lain2 mengikut
selera masing2..tapi kali ini my hubby mintak masak lemak kuning…my hero pon
suka makan kuah2 yang macam nih.Memang sedap..lembut jer daging dia.Tapi yang
penting bukan kijang bela.
~~~~eh ape beza Kijang & rusa ye????~~~~
~~~~~KIJANG~~~~
Kijang, atau juga dikenali sebagai Kijang
India (Muntiacus muntjak) adalah spesies kijang paling luas
taburannya. Ia mempunyai bulu lembut, pendek, keperangan atau kelabu, kadang
kala dengan tanda (creamy). Spesies ini adalah maserba, memakan buah,
pucuk, biji buah, telur burung termasuk haiwan kecil dan juga bangkai kecil. Ia
menghasilkan bunyi menyerupai menyalak, biasanya apabila mengesan pemangsa
(dengan itu nama biasa bagi semua kijang adalah rusa menyalak).
Kijang jantan mempunyai tanduk
kecil yang mencapai kepanjangan 15 cm dan hanya 1 cabang. Ia tumbuh tahunan
dari tunggul bertulang di kepala. Kijang jantan mempertahankan kawasannya dan
amat garang berbanding saiznya. Ia akan berjuang sesama sendiri bagi mengawal
wilayahnya dengan menggunakan tanduk atay (lebih merbahaya) gigi kanine atas
seperti gading, dan mampu mempertahankan diri mereka dari pemangsa seperti
anjing.
Taburan
Kijang boleh didapati di Malaysia.
Kijang (Muntiacus muntjak) atau juga biasanya dikenali sebagai rusa
menyalak disebabkan bunyi seperti menyalak yang dihasilkannya apabila mengesan
bahaya. Kadang-kala ia mampu menyalak lebih dari sejam. Spesies ini terbahagi
kepada sebelas subspesies Kijang (Muntjacs) sepanjang Asia. Kijang
khusus bertaburan di Asia Selatan, tetapi salah satu haiwan Asia yang paling
kurang diketahui. Bukti paleontologi membuktikan bahawa Kijang telah ada
semenjak akhir era Pleistocene sekurang-kurangnya 12,000 tahun dahulu. Semenjak
itu, ia memainkan peranan penting di Asia Selatan bagi sukan memburu, selain
diburu bagi daging dan kulitnya. Sering kali ia diburu dipinggi kawasan
pertanian kerana ia dianggap perosak mengoyakkan kulit pokok dan merosakkan
tanaman.
Ciri-ciri
Jantung Kijang
terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium,
sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
Pembiakan
Sebagai mamalia, Kijang berdarah panas,
melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Kijang akan menjaga
anaknya sehingga mampu berdikari.
Pengekalan
Kijang merupakan haiwan yang dilindungi
and memerlukan lesen pemburuan
Sumber : Daripada Wikipedia,
ensiklopedia bebas.
~~~~~RUSA~~~~~
Rusa, sambar, atau menjangan (Bahasa
Inggeris: deer) adalah haiwan mamalia pemamah biak (ruminan) yang termasuk keluarga Cervidae.
Salah satu ciri khas rusa adalah adanya antler (tanduk rusa), dan bukan tanduk, yang
merupakan pertumbuhan tulang yang berkembang setiap tahun (biasanya pada musim
panas) terutama pada rusa jantan (walaupun ada beberapa pengecualian). Ada
sekitar 34 spesies
rusa di seluruh dunia yang terbahagi menjadi dua kelompok besar: kelompok rusa
dunia lama yang termasuk subfamilia Muntiacinae dan Cervinae;
serta kelompok rusa dunia baru, Hydropotinae dan Odocoilinae.
Jenis-jenis rusa
- Rusa Sika
(Cervus nippon),
- Rusa
Sambar (Cervus unicolor),
- Rusa Merah (Cervus elapus),
- Rusa Wapiti atau Elk,
- Rusa Fallow (Dama-Dama)
- Rusa Cital (Axs-Axis),
- Rusa Timor atau exotic (Cervus
timorensis).
Sumber : Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.