cursor

Ahad, 18 Ogos 2013

Salam Takziah (part 2),




Syahmi: ma..adi kan ami engok apal ebang becar..iap bik ambar agi..


(mama tadikan syahmi tengok kapal terbang besar,siap ambil gambar lagi..)



Mama:oh yeke?syahmi naik ke?dia bawak syahmi g mane?ikut pak long naik ke?

(saje menyakat)



Syahmi:tak..apal ebang tu rocak lah mama…along?yang tu ane leh aik..ascar je leh naik…..

(tidak..kapal terbang tu rosak lah mama…yang tu mane leh naik..askar jer leh naik)

Mama: hahhaha..okey.



Hihihi...nih kes menghantar pak long dia ler naik kapal terbang untuk pergi bertugas di Lahad Datu….emm..baru teringat hari tu janji nak publishkan semua tentang kes PENGGANAS DI LAHAD DATU..tp bila semakin di follow semakin geram so saya mengambil keputusan untuk MALAS nak follow...saya ada alasan saya sendiri kenapa saya begitu & BIARLAH RAHSIA..so nih adalah saki baki yang telah saya draf a.k.a terakhir pasal cerita ini...& marilah sama-sama kita sedekah kan ALFATIHAH buat yang terkorban..AL-FATIHAH....Jom layan….

 ~~~~~~~ sumber dari google~~~~~~~~~~~~~~~


PETALING JAYA, 13 Mac — Jenazah dua anggota tentera yang terkorban dalam Operasi Daulat menentang pengganas Sulu di Lahad Datu semalam, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini hari ini.
Pesawat C-130 milik TUDM yang membawa jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Roslan, 21, mendarat sejurus sebelum 8 pagi.
Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu manakala Ahmad Farhan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lahad Datu-Chenderawasih ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara yang menyambut ketibaan kedua-dua jenazah.
Najib dan Ahmad Zahid memasuki pesawat dan memberi penghormatan terakhir kepada kedua-dua wira negara itu.
Allahyarham Ahmad Hurairah merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia pertama yang terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah bermula 12 Feb.
Anak kelahiran Kelantan itu terkorban dalam pertempuran yang berlaku pada 10.45 pagi semalam yang turut menyaksikan seorang lagi perajurit cedera dan dua musuh terbunuh.
Sehingga kini, 10 anggota keselamatan gugur dalam insiden pencerobohan bersenjata itu manakala 56 musuh ditembak mati. – Bernama

 (sumber seperti yang tertera)



Jenazah Prebet Ahmad dibawa ke Kelantan pagi ini

13 Mac 2013
PETALING JAYA - Jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah hari ini akan dibawa pulang ke kampungnya di Kelantan pagi ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jenazah anggota tentera berusia 24 tahun itu akan dikebumikan di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan.
"Jenazah dijangka tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan makanan oleh
Pergerakan Wanita Umno kepada anggota pasukan keselamatan yang bertugas dalam Operasi Daulat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang dekat sini, semalam.
Pertempuran yang berlaku pada 10.45 pagi itu turut mengorbankan dua pengganas berkenaan.
Sehingga kini, sembilan anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah yang bermula 12 Februari manakala 56 pengganas ditembak mati.
Seorang daripada anggota keselamatan maut dalam kemalangan ketika menyertai Operasi Daulat di Lahad Datu.
Majlis hari ini menyaksikan 10,000 botol air mineral, makanan tambahan dan lain-lain keperluan logistik diserahkan untuk anggota keselamatan yang bertugas
di Sabah.  Bernama

 (sumber seperti yang tertera)



LAHAD DATU : 2 ANGGOTA TENTERA YANG TERKORBAN NAIK PANGKAT

Dua anggota tentera yang terkorban dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dinaikkan pangkat kepada Koperal penuh, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu.

Beliau berkata imbuhan untuk kedua-dua ibu bapa Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Ruslan, 21, akan diberi melalui beberapa faedah perkhidmatan.

"Wang bukan boleh mengubati kesedihan kehilangan orang tersayang tapi ia tanda rasa prihatin daripada Kementerian Pertahanan, warga Angkatan Tentera dan rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di Pangkalan TUDM Subang Rabu. Beliau hadir memberikan penghormatan terakhir apabila jenazah dua wira negara itu diterbangkan ke sini dari Sabah.

Turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahmad Hurairah merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia pertama yang terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah 12 Feb lepas.

Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu terkorban dalam pertempuran yang berlaku pada 10.45 pagi semalam manakala Ahmad Farhan Ruslan yang berasal dari Pasir Tumbuh, Kota Baharu, Kelantan terkorban dalam kemalangan di Jalan Tungku, Kampung Bakapit, Lahad Datu pada pukul 7.30 pagi semalam.

Bernama melaporkan sementara itu, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata ibu bapa kedua-dua anggota yang terkorban itu akan menerima pencen terbitan kira-kira RM2,500 dan perincian mengenainya akan diumum kemudian.

Beliau berkata mereka juga akan menerima faedah lain secara kumulatif hampir RM170,000 termasuk insurans berkelompok daripada koperasi dan Tabung Angkatan Tentera.

Jenazah kedua-dua anggota tentera itu tiba di Pangkalan Udara TUDM pada pukul 8 pagi dan diterbangkan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa di Kota Baharu pada pukul 8.45 pagi untuk dikebumi di kampung halaman masing-masing

Sumber: agendadaily news



  (sumber seperti yang tertera)


Written By lena osman on Wednesday, 13 March 2013 | 21:07
LAHAD DATU: Pasukan keselamatan akan menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yang menceroboh negara di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sejak 12 Feb lepas.
Malah, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memberi gambaran operasi daulat yang memasuki hari kesembilan, berada di penghujungnya dengan tumpuan menjejaki saki-baki pengganas yang kini bergerak dalam kumpulan kecil.
Beliau berkata 12 kereta kebal perisai berantai, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia akan tiba esok di sini secara berperingkat.
Zulkifeli berkata langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut dan di darat.
“Pertambahan ini untuk meyakinkan rakyat bahawa kami mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk menewaskan musuh,” katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Sementara itu, Ismail berkata beliau telah mengarahkan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dan semua ketua polis daerah menambah bilangan anggota polis dan mewujudkan pos kawalan di kawasan sekitar Felda Sahabat dan kawasan operasi.
Beliau berkata pos kawalan itu juga melibatkan kawasan dari Lahad Datu ke Felda Sahabat, laluan pengganas dan kawasan penempatan awam bagi menambah keyakinan rakyat terhadap tahap keselamatan.
Beliau berkata polis akan memanfaatkan sumber manusia dalam menambah bilangan secara berperingkat dengan menggunakan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah, Narkotik dan lain-lain jabatan.
Mengenai pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu semalam yang mengorbankan seorang anggota tentera, Panglima Angkatan Tentera berkata empat musuh ditembak mati dalam kejadian itu.
“Semalam pasukan keselamatan menemui dua mayat musuh dan dalam operasi penggeledahan pagi ini, dua lagi mayat musuh ditemui dalam kawasan Sungai Nyamuk,” katanya.
Zulkifeli berkata pasukan keselamatan turut menemui senapang panjang M1 Garand dan sepucuk pistol Colt.45, yang dipercayai digunakan musuh untuk menembak anggota keselamatan yang gugur semalam. – BERNAMA


 (sumber seperti yang tertera)

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~TAMATTTTTTTTTTTT (baru bulan ni berkesempatan utk menerbitkan artikel nih..jgn mare yee...)~~~~~~~~~~~~~


Tiada ulasan: