cursor

Jumaat, 13 September 2013

Pelupa jika makan Kepala Ikan


Kepala ikan??


Masa tengah makan nasi kerabu tadi,ade lah terselit seekor ikan goreng didalamnyer.Tetiba saya teringat satu ayat nih….“Jangan makn kepala ikan..kamu tu masih sekolah lagi..karang lembab nak belajar..senang nak lupe”..mak saya selalu berpesan macam tu..tapi kalo dah abih belajar nanti tak pelah,katanyerrr…


 
sumber dari Google
Emmm…sejauh mane kebenaran kata-kata itu tak tahu lah saya..coz saya nih anak mak…jadi ikut kan jela…lagi pon bukan sedap pon kepala ikan tu..sampai skang ade lah jugak try-try nak cube-cube….tak leh masuk..hahaha

Orang kate sebenarnyer tu alasan jer..coz nanti kepala ikan tu habis tak dapat lah mereka makan…hahhaa..pulokkkk….ntoh lerr..tapi bila pikir-pikir lik logik nyer ,ade lah jugak..kene pulak kepala ikan merah ke..ikan patin ke..kepala ikan yang mahal-mahal tu ke…rugi-rugi..hahhaha

Ape-ape hal pon,tak pe meh kitre layan satu artikel nih..hahhaha…….

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam…
Terima kasih diucapkan kerana masih sudi lagi menziarahi blog Ustaz Love ini. Sementara ada ruang dan peluang ni, Ustaz Love ingin mengambil sedikit masa untuk menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan. Ustaz Love akan publish dalam bentuk pos berjadual (scheduled post) supaya tiap2 hari ada entry baru. Sekalipun Ustaz Love ada masa untuk membuat 18 ratus entry sehari.. cewahh..
Soalan ni daripada abangmi..
“Sejauh mana kebenaran makan kepala ikan boleh melupakan hafalan? adakah ia bersumberkan hadis dan juga al-quran dan juga amalan para alim-ulamak??…
Harap dapat penjelasan yg sebaiknya dari ustaz”
Menurut pengetahuan Ustaz Love yang cetek ini, tidak ada dalil melalui al-Quran mahupun hadis yang melarang memakan kepala ikan.. selagi ianya tidak memudaratkan dari sudut kesihatan, maka hukum memakan anggota badan ikan (tak kira la kepala ikan ke, tangan ikan ke) kembali kepada hukum asal iaitu harus. Jika mendatangkan mudarat seperti ikan buntal (beracun), maka haram memakannya jika tak tahu cara menyiangnya (ada cara tertentu untuk siang ikan buntal ni..) tapi lebih baik ditinggalkan sebagai langkah pencegahan (sekalipun tahu cara2 nak siang supaya isi ikan tak terkena racun).
Larangan memakan kepala ikan ini bukanlah larangan dari sudut syarak.. sebaliknya ia merupakan petua orang tua2 dulu.. Ustaz Love tak dapat nak pastikan kebenarannya.. sbb banyak faktor yang dikaitkan dengan ingatan yang kuat dan lemah ingatan ni. Pemakanan, latihan otak (menghafal / mengingat), menjaga pancaindera daripada perbuatan dosa dsb boleh juga menjadi punca kepada kekuatan mahupun kelemahan ingatan ni.
Kebiasaan petua ini dipegang sungguh2 para pelajar maahad tahfiz.. mungkin hasil pengajaran para Ustaz mereka yang melalui pengalaman tertentu dengan kepala ikan ni.. Kenapa agaknya kepala ikan saja yg dikatakan boleh melemahkan ingatan, kenapa tak kepala kambing ke, kepala lembu ke, kepala ayam ke?
Pengalaman Ustaz Love sebagai penggemar kepala ikan (kari kepala ikan tak berapa on sangat.. ikan goreng part kepala tu yg paling sedap.. pipi ikan lagi sedap), takde masalah pun bab ingatan ni (terutama masa belajar dulu.. hari2 makan ikan sehingga ke tengkorak ikan).. ok je belajar..
Member Ustaz Love berbuka puasa dengan kari kepala ikan.. elok je jadi imam tarawih (satu juzuk satu malam).. takde sangkut2 bacaan pun.
Soal ingatn kuat tak kuat ni memerlukan latihan.. banyak menghafal, kuat la ingatan.. malas menghafal, lemah la ingatan.. itu secara umum la.. tak bleh la nak bandingkan diri kita dengan kekuatan ingatan Imam Syafie.. sebab usaha dan amalan kerohanian kita pun takde la sehebat mana pun..
Dan yang lebih penting daripada itu adalah doa.. doa banyak2 dalam solat.. terutama dalam solat tahajjud.. sbb antara perkara yg memudahkan ingatan adalah hati yang terang. Soal hati ni hanya Allah saja (sebagai Pemilik Hati2 Manusia) yang boleh membolak-balikkannya.
Juga banyakkan memakan buah2an terutama kurma dan kismis.. tak semestinya kena makan kismis doa.. makan sebakul kismis pun, tapi takde usaha untuk menguatkan hafalan, maka lemah gak ingatan tu.. sepatutnya, makan sekotak kismis, usaha sebakul hafalan..
Mungkin la ianya (makan kepala ikan) berdasarkan pengalaman orang2 tua dulu.. kalau makan kepala ikan, bleh lemah ingatan.. Tapi, Ustaz Love lebih suka nak percaya, yg orang2 tua dulu cakap mcm tu sebab diorang yg nak ratah kepala ikan tu.. takpun, sebab nak simpan sket buat gaul dengan nasik kucing.. sama la kaedahnya dengan :
duduk atas bantal : tumbuh bisul
makan leher ayam = bersanding kepala teleng
makan tungking (punggung) ayam = mulut tak reti diam
kentut dalam lif = jodoh berat

~~~~~~~~Sumber dari blog ustazlove~~~~~~

Pada dasarnya, sumber laut ini halal dimakan. Firman Allah swt :-

"Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran" - [Surah al-Maa'idah : 96]

Nabi :saw menyatakan kepada kita bahawa adalah halal memakan ikan yang telah mati dari laut dan tidak ada bahagian yang
dilarang memakannya, termasuklah dari bahagian badan, mata, ekor, kepala dsb..

Setakat ini, belum lagi saya berjumpa dengan nas atau penemuan saintifik yang mengatakan bahawa makan kepala ikan boleh menghilangkan hafalan. :aklam

wassalam
~~sumber dari aizuddin /makanansembelihan.blogspot.com ~~~~~


Tiada ulasan: