cursor

Rabu, 11 Disember 2013

Salam Takziah & alhamdulillah...mula-mula berita yang saya baca agak menakutkan jugak..ye la 13 orang anggota komando di khuatiri lemas??saya lak yg trauma bila membaca surat khabar..berderau gak darah,macam-macam pikir..
  • kalo lah tersesat kat negara jiran..adui byk citer tu..
  • kalo lah betui lemas..adeh melayu sumer tu...nyawa orang tu..sian family dia orang kan...
  •  Nak raye lagi ni....

 Pastu mula lah saya merepek kat encik hubby (hahha mcm hubby lak yg kene gitu):

~  kenapa lah dah tau musim hujan bla,bla bla..
~  nape buat bla bla bla..
~  apara bla bla bla.....
~  kan Tv dah bla bla....


hihihi encik hubby..


~  nak wat gane..bla bla bla...
~  dah arahan mcm tu.. bla bla bla..
~  dah latihan mcm tu..bla bla bla.....


Saya ckp lagi bla bla bla..siannnnnn pening dia nak layan saya..hahahhaha...bla bla tu,TUTTT yerrr..saya terpaksa rahsiakan..tak pasal-pasal nanti saya kene saman lak..hahhahaha walaupon KENYATAAN..tp ikut jela LAW ye..huhuhu......


Tapi syukur Alhamdulillah saya terbaca berita di blog-blog orang & di my metro UPDATE cerita ni,yang mereka semua terselamat..mereka semua adalah bakal-bakal komando....doa saya agar mereka semua selamat & berjaya mendapat berek Hijau sebagai tanda lesen mereka lulus ujian & berjaya..Doa saya juga agar ke semua mereka di beri kesihatan yang baik untuk meneruskan perjalanan mereka..

Bukan calang-calang orang yang berjaya & mempunyai daya ketahanan fizikal & mental yang kuat tau untuk semua ini...saya pon pergi temuduga askar separuh jalan jer..hahhaha latihan dia,saya tahu berat..tu yang cancel..komando double, triple lagi perit nyer....latihan dia ya Allah!!!..hanya mereka dan keluarga mereka jer yg tahu..."salute" saya pada orang-orang macam ni.....mcm lagu shanty & marcell tu .."jgn fikir aku kan mencinta,ku hanya kagumi hanya memuji..."

Tapi andai kata kalo encik hubby atau anak saya nak masuk menyertai ni...hahhaha saya akan kata "NO NO NO  NO NO NOOOOOOOOO"......bukan mereka yang kurus kering nanti..saya yang kurus kering,risau..hahhaha...kalo boleh elak-elak ler....


Jom kite baca artikel yang sempat saya copy & tampal jer..huhuhu jangan mare....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MELAKA: Seorang daripada 13 komando menceritakan bahawa mereka bergilir berendam dalam laut dan berpaut pada bot sebelum enjin dapat dihidupkan.
“Hanya lima orang berada dalam bot pada satu-satu masa manakala yang lain berpaut pada badan bot bagi mengelak terbalik semula.

“Kami bertukar kedudukan untuk menyimpan tenaga. Pelbagai usaha dilakukan dan menggunakan segala ilmu dan kemahiran dipelajari ketika kursus selain ditambah dengan pengalaman dan kepakaran jurulatih.

“Akhirnya, enjin bot berjaya dihidupkan dan kami kemudian terus bergerak ke pantai," katanya ketika ketika ditemui di Hospital Kem Terendak, hari ini.


Mereka yang mendapat rawatan di hospital itu menerima kunjungan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri dan Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Rakannya pula berkata: “Selepas bot dapat dibetulkan, kami cuba untuk membaiki enjin pada sebelah malam dan siang. Tapi, gagal. Kami kemudian guna pelbagai peralatan termasuk bekas makanan dan dayung buatan sendiri.

“Kami juga membuat layar dengan harapan dapat ke pesisir pantai tetapi angin dan ombak membawa bot hanyut ke tengah laut hingga hampir memasuki perairan antarabangsa.

“Jurulatih pula sentiasa memberikan semangat supaya tidak berputus asa. Jurulatih mengarahkan kami supaya tidak berpecah.

“Selepas beberapa jam mendayung, jurulatih kemudian berusaha sekali lagi membaiki enjin iaitu cubaan ketiga dengan memasukkan minyak senjata dalam enjin.

“Allah hendak tunjuk dengan kuasaNya dan enjin berjaya dihidupkan kira-kira 6 petang dan kami pun bergerak ke arah pantai berpandukan pergerakan kapal dagang di perairan antarabangsa," katanya.

Seorang lagi mangsa berusia 20-an berkata, mereka bertolak dari pantai Kem Sungai Udang pada petang Sabtu lalu, dijadualkan tiba di Pulau Nangka, kira-kira jam 5 pagi.

“Namun kira-kira jam 10 malam yang bot dinaiki terbalik dan disebabkan laut bergelora dan ombak kuat,” katanya.

Mereka adalah antara 13 anggota tentera berusia 19 hingga 23 tahun terdiri 11 pelatih komando serta dua jurulatih mereka yang dilaporkan hilang selepas bot jenis Assault yang mereka naiki dipukul ribut dan ombak ketika menyertai latihan mendayung dari pantai Kem Sungai Udang ke Pulau Nangka, malam Sabtu lalu.

Kehilangan kumpulan itu disedari 32 anggota dan seorang pegawai yang turut sama menyertai latihan berkenaan menggunakan empat bot berlainan selepas mereka berjaya mendarat di Pulau Upeh, kira-kira jam 12.30 tengah malam hari kejadian.

Bagaimanapun, selepas 28 jam hanyut di perairan Selat Melaka, semua mangsa berjaya tiba di pesisir pantai berhampiran Jeti Tanjung Beruas, Pantai Puteri di sini, kira-kira jam 12.50 tengah malam tadi.

 sumber : Oleh Yusmawati Mhd Yusof~my metro~


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~SYUKUR ALHAMDULILLAH~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tiada ulasan: