cursor

Jumaat, 13 Februari 2015

Al-fatihah buat arwah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat....


Sumber dari Imej Google



Amin hirobbil'alamin......


 Jujur aku cakap,aku tak tengok TV malam tadi..yela sibuk sikit dengan urusan pembelian barang dapur.Balik pon dah lewat...tup-tup pagi ni ade perhimpunan kat tempat kerja aku menyatakan yg Tok Guru kita dah meninggal dunia malam tadi..aku????terkeduuu.....Subhanallah..memain lagi ke macam hari tu?coz hari tu kan salah 'mation' nama orang..kebetulan nama sama..ni aku cepat2 sedar dari lamunan yang PASTI Tok Guru sudah pergi mengadap ilahi..Sedihnya..

Teringat aku dahulu,masa kali pertama berjumpe dengan arwah..orang nya sangat-sangat sederhana..lalu kat sebelah aku tanpa body guard,tanpa repoter..masa tu bulan puasa,area pasar siti khadijah..ade kawasan lapang,tapi mereka dah buat khemah untuk orang2 kelantan menunaikan solat terawih....masa tu tak perasan lagi yang arwah  Tok Guru kita,tak lama pastu  bila aku berjalan,tetiba orang2 sekeliling aku semua berhenti angkat tangan mereka berdoa sekali,aku terpinga-pinga..bila aku jalan kehadapan sedikit,aku perhatikan depan aku..Ya Allah!! tok Guru rupanya..bila selesai berdoa aku tengok ramai yang salam dengan beliau..beliau lalu lagi di hadapan ku..aku tengok muka dia tenang sangat,berseri dan wangi...opss bukan beliau memakai minyak wangi yang berjenama ratus2 tu ye..minyak atar yang lembut bau nya..mungkin bau kasturi...beliau terus pergi naik kereta Perdana berwarna hitam..itu lah satu2 nya peristiwa yang aku ingat.....


Satu lagi peristiwa yang aku ingat,orang bercerita la..ade seorang hamba Allah ni..dia menghina janggut arwah Tok Guru secara depan2..dia cakap macam Janggut Kambing..tak lama selepas tu dia mengembek macam kambing..dengan rase malu beliau berjumpe dengan arwah tok guru meminta dipulihkan seperti biasa dan memohon maaf....


Aku doakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan insyaAllah beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...Hari ini 12/02/2015 beliau telah dijemput oleh Allah sebagai tetamunya..tetapi dengan ilmu yang ade dia rase rendah diri,rase gusar dengan nasib rakyat kelantan,rase bersalah kerana gagal melaksanakan tanggungjawabnye..beliau selalu berdoa,bersolat..sedang kan kita?sudah2 lah mengata arwah Tok Guru...Berbalik lah kita kepada kewajipan kita sebagai hamba Allah swt..tanya2 lah diri kita..sudah banyak ke amal jariah,bekalan kita untuk menjadi tetamu Allah?


......SEKIAN......




Diantara gambar-gambar arwah Tok Guru...











Rumah kediaman arwah


(semua2 ni sumber dari imej Google)




*** Biodata beliau boleh pergi ke link nih....****


________________________________________________________________

http://beliabangkit.blogspot.com/2015/02/al-fatihah-kembalinya-dato-nik-aziz-nik.html
_________________________________________________________________


*** Sumber diantara Blog & imej dari Google yang saya baca..saya tak mahu komen ape yang orang2 komen..****


_____________________________________________________________
http://theflyingkick.blogspot.com/2015/02/allahyarham-nik-abdul-aziz-nik-mat.html
____________________________________________________________
Jam 12:00 tengah hari sehingga jam 2:00 petang tadi, beberapa orang pemimpin telah menziarahi Allahyarham Nik Abdul Aziz yang sedang tenat di Wad 2 Delima HUSM. Antara mereka adalah Mohamad bin Sabu, Timbalan Presiden PAS Pusat dan Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS Pusat.

Mat Sabu dan Salahuddin melakukan ziarah dari jam 12:27 tengah hari sehingga jam 1:00 tengah hari.

Ketika diziarahi, Nik Abdul Aziz sudah tidak sedarkan diri tetapi masih menggunakan alat bantuan pernafasan mesin 'BIPAP' yang memberikan tekanan bagi memudahkan pernafasannya dengan oksigen dari kadar 80% ke 60%. Dilaporkan jantungnya berdenyut laju iaitu pada kadar 120 denyutan seminit sedangkan kadar normal adalah antara 70 sehingga 80 denyutan bagi seminit.

Nik Abdul Aziz pada ketika itu ditemani oleh anak-anaknya. Terdapat dua orang pengawal keselamatan yang ditugaskan dari PAS di pintu masuk wad sepanjang Nik Aziz berada di wad berkenaan.




Jam 8:40 malam, atas permintaan keluarga, Nik Abdul Aziz dibawa keluar dari Wad 2 Delima dan menaiki ambulan HUSM menuju ke kediamannya di Pulau Melaka dengan diiringi anggota trafik dari IPD Kota Bharu. Dia dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bergantung sepenuhnya kepada mesin pernafasan. Rombongan selamat sampai pada jam 8:50 malam.

Tepat jam 9:45 malam, pegawai perubatan yang ada sekali dalam rombongan ke kediaman keluarga Nik Aziz mengesahkan, Nik Abdul Aziz telah menghembuskan nafas terakhir.

6 minit kemudian, Admin Facebook Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat memulakan cerita 'DEWA'!!!!

Tiada ulasan: