cursor

Khamis, 18 Jun 2015

Selamat Datang Ramadhan Al mubarak 2015/1436H....




Syukur Alhamdulillah pada tahun 2015 ini,saya di beri kesempatan untuk menikmati keindahan dan berpeluang untuk mengumpul segala pahala yang mungkin pada bulan ini...

Satu-satunya bulan yang penuh keistimewaan,yang dimana terdapat malam lailatul kadar dan solat terawih dilakukan....aku macam biasa ler..solat terawih dirumah sahaja...anak masih kecil,hanya harapan ku suami dan anak sulung ku yg berumur 6 tahun pergi ke masjid untuk mendapatkan pahala yang berlebih kali ganda dan sekali gus untuk mengajar anak ku ke masjid.

Bulan ni jugak ler,bazar-bazar ramadhan tumbuh bak cendawan...tetapi oleh kerana ekonomi kita tidak beberapa bagus,banyak peniaga dari pembeli..tapi jangan risau,berusaha lebih lah kalian untuk mendapatkan perhatian dari pembeli..rezeki telah Allah aturkan..kita berusaha dan berdoa sahaja ya...aku macam biasa ler..MASAK...lebih jimat dan untuk kebaikan perut seisi keluarga juga.InsyaAllah di beri kesempatan,aku akan cite pasal bazar pula..insyaAllah jika berkesempatan.


Image result for imej  bazar ramadhan
sumber dr imej google




Dah tercerita pasal masak tadi, buat kaum hawa...golongan ibu-ibu ler yang paling best meng-google..hahahaha apa lagi,mencari resepi masakan ler..hahhahaha aku pon sama..air tangan ibu@isteri yg ikhlas adalah terSEDAP di dunia......ok ler..next time aku sambung lagi..insyaAllah akan aku sertakn panduan solat terawih yang aku dapat dr kengkawan@seminar,aku akan coretkan resepi ringkas yang aku dapat dari mr Google dan apa sahaja berkaitan dengan BULAN RAMADHAN ini..insyaAllah..




Selamat Menyambut Ramadhan Al mubarak..bersama-sama kita melipat gandakan pahala dan bersama-sama kita merapatkan tali siraturahim…..InsyaAllah… Ramadhan 2015 / 1436 AH





Tiada ulasan: