cursor

Selasa, 1 September 2015

Stray cats ooo stray cats...




hihi perhiasan jer sumber dr Google



Hihihi Tajuk baru lagi haku nih..yang lama pun tak update-update lagi..tapi tak pela kan,tajuk baru syiok kit bercerita kan kan kan..asyik-asyik yang lama jer..hak hak hak...

Cerita pasal Stray cats a.k.a kucing jalanan...kalo aku tak join satu Group ni,aku rase sampai sekarang aku tak mandang dan peka terhadap haiwan jalanan nih...memang satu tajuk yang sedih bagi aku.Yela..aku hanya mampu memandang tetapi aku tak mampu nak menolong..Diluar kemampuan aku pon.Andai kata..KALO AKU KAYA satu hari nanti,akan ku bina mahligai indah buat mereka yang bernama KUCING JALANAN...

Kesian kan...bila tengok di jalan-jalan,pasar-pasar,kedai makan..flat-flat..kucing-kucing ni tido berlapik kan simen atau jalan tar sahaja.berbanding dengan kucing-kucing lain,yang bernasib baik...makan tanggung,berak cangkung jer.tapi dah suratan takdir kan...nak buat gane...Datang sibulus ni untuk ujian kita wahai umat Nabi Muhammad.Tapi kita alpa dan leka malah angkuh dengan rezeki kita.Buang bulus ni merata-rata.Bunuh,seksa dan kianat mereka.

Bila cadangan hendak di mandulkan..berjela-jela hujah ustaz dan ustazah BIDANG SEGERA memberi ceramah yang berapi-api..bila suruh jaga,masing-masing senyap sepi...bagi aku lebih baik mereka di mandulkan dari dibiarkan beranak pinak kemudiannya diseksa dan di kianati...

Bila shelter dibuka,ade yang kekurangan dana..payah mereka nak bergerak untuk melakukan aktiviti kerana kekurangan duit untuk menjana aktiviti mereka.Tak kurang juga yang menipu,kemudian di PTS kan (dimatikan),kucing-kucing yang dihantar kepada mereka....Hanya perseorangan yang sanggup menjaga kucing-kucing ini tanpa mengeluh atau meminta-minta..

So isu stray cats ni menjadi tergantung begitu sahaja dan tiada jalan penyelesaian yang khusus buat mereka..akhir cara senang cerita Majlis Perbandaran akan mengutip mereka dan...............LU PIKIR LAH SENDIRI......

Tiada ulasan: