cursor

Khamis, 30 Jun 2016

Ayam Buluh





 Hihihi menu yang en husbend aku masakkan untuk berbuke puasa hari ini....Ayam Buluh Lemang..hihihi suprise a.k.a express katanya....




Bahan-bahan nya:

1) Buluh lemang
2) Ayam (dipotong kecil agak2 muat masuk dalam buluh)
3) Daun pisang (untuk di buat bungkus ayam di dalam buluh)
4) Bunga kantan (dihiris kecil2)
5) Serai (dihiris kecil2)
6) Bawang besar (dihiris kecil2)
7) Bawang Putih (dihiris kecil2)
8) halia (dihiris kecil2)
8) secubit garam
9) sedikit perasa (ajinomoto atau kiub ayam)

cara-caranya:

1) bersihkan buluh lemang tersebut
2) bersih kan daun pisang dan masukkan dan gulung daun pisang mengikut bentuk buluh tersebut (didalam buluh)
3) gaulkan kesemua bahan tadi (yang nak di masak)
4)  masukkan ayam dan kesemua bahan tadi ke dalam buluh dan letak sedikit air
5) buat penutup buluh dari daun pisang yang lebih
6) bakar (sehingga ayam masak)


darurat masak kat umah kosong hihi


Buluh lemang aku beli kat NSk jer..baru rm1.79 /pcs


 # thanks cayang masakkan...luve u.... :)




 
 

Tiada ulasan: