cursor

Selasa, 27 November 2012

Selipar oh selipar....




Selipar ooooohhhhhh seliper…….


Lama dah tak menulis..Hihihi kali ini saya nak bercerita tentang selipar….tak de istimewa nyer selipar saya ini..harga pon bukannyer mahal mana…tapi ntah saya suke kat dia..tapi nak buat gane dah keadaan memaksa untuk saya menamatkan perkhidmatannyer…hahhahahha

“Made in Thailand”….itu lah yg tertera di tag harga selipar saya ini..Berwarna unggu dan sekuntum bunga di atas tali atasnyer (tapi dah tercabut sebelah huhuu)..dan bercorak bunga di badannyer…..baru rm10 jer…hik hik hik

Ingat lagi saya beli selipar nih di salah satu deretan kedai sepanjang jalan dia hadapan under water world langkawi…dah rasmi saya jika berjalan saya lagi suke memakai selipar atau kasut atau sandal yg tapaknyer rata dan selesa…ntah nape tetiba hari tu hubby menyuruh saya memakai kasut tumit tinggi..keluar jer dari under water world tu terus sakit kaki..tak selesanyer pasal saya paksa jugak hubby belikn selipar ini..huhu

Terima kasih selipar…dari Langkawi-PD-Gemas-KL-Perak-shah alam-selangor-sepang…dari jalanan ke rumah ke kampung ke opis ke hotel ke taman tema ke resort 5 star sumer saya hangkut ko…sedey nk buang tp terpaksa…bye2 selipar…



Khamis, 18 Oktober 2012

Daging Kijang Liar



Kali ini saya nak bercerita tentang daging Kijang…Banyak kali jugak minta daging rusa kat hubby..tapi banyak kali jugak lah kami terlepas satu gerai kat tepi jalan yang menghala ke saujana impian sg buloh.(tak pasti nama tempat tu)..tapi hahhaha Rusa yang ku pinta Kijang yang ku dapat..




Yang ini mak mertua saya yang masak & bekalkan kepada kami….(coz time nih saya ‘outstation’ hanya my hubby & my hero jer yang lik kampung).Daging kijang ini boleh masak ape jer,kari,bakar & lain2 mengikut selera masing2..tapi kali ini my hubby mintak masak lemak kuning…my hero pon suka makan kuah2 yang macam nih.Memang sedap..lembut jer daging dia.Tapi yang penting bukan kijang bela.


~~~~eh ape beza Kijang & rusa ye????~~~~



~~~~~KIJANG~~~~
Kijang, atau juga dikenali sebagai Kijang India (Muntiacus muntjak) adalah spesies kijang paling luas taburannya. Ia mempunyai bulu lembut, pendek, keperangan atau kelabu, kadang kala dengan tanda (creamy). Spesies ini adalah maserba, memakan buah, pucuk, biji buah, telur burung termasuk haiwan kecil dan juga bangkai kecil. Ia menghasilkan bunyi menyerupai menyalak, biasanya apabila mengesan pemangsa (dengan itu nama biasa bagi semua kijang adalah rusa menyalak).
Kijang jantan mempunyai tanduk kecil yang mencapai kepanjangan 15 cm dan hanya 1 cabang. Ia tumbuh tahunan dari tunggul bertulang di kepala. Kijang jantan mempertahankan kawasannya dan amat garang berbanding saiznya. Ia akan berjuang sesama sendiri bagi mengawal wilayahnya dengan menggunakan tanduk atay (lebih merbahaya) gigi kanine atas seperti gading, dan mampu mempertahankan diri mereka dari pemangsa seperti anjing.

Taburan
Kijang boleh didapati di Malaysia. Kijang (Muntiacus muntjak) atau juga biasanya dikenali sebagai rusa menyalak disebabkan bunyi seperti menyalak yang dihasilkannya apabila mengesan bahaya. Kadang-kala ia mampu menyalak lebih dari sejam. Spesies ini terbahagi kepada sebelas subspesies Kijang (Muntjacs) sepanjang Asia. Kijang khusus bertaburan di Asia Selatan, tetapi salah satu haiwan Asia yang paling kurang diketahui. Bukti paleontologi membuktikan bahawa Kijang telah ada semenjak akhir era Pleistocene sekurang-kurangnya 12,000 tahun dahulu. Semenjak itu, ia memainkan peranan penting di Asia Selatan bagi sukan memburu, selain diburu bagi daging dan kulitnya. Sering kali ia diburu dipinggi kawasan pertanian kerana ia dianggap perosak mengoyakkan kulit pokok dan merosakkan tanaman.
Ciri-ciri
Kijang adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas Mamalia. Dalam aturan : , tergolong dalam keluarga : . Kijang adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.
Jantung Kijang terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
Pembiakan
Sebagai mamalia, Kijang berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Kijang akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.
Pengekalan
Kijang merupakan haiwan yang dilindungi and memerlukan lesen pemburuan
Sumber : Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


~~~~~RUSA~~~~~
Rusa, sambar, atau menjangan (Bahasa Inggeris: deer) adalah haiwan mamalia pemamah biak (ruminan) yang termasuk keluarga Cervidae. Salah satu ciri khas rusa adalah adanya antler (tanduk rusa), dan bukan tanduk, yang merupakan pertumbuhan tulang yang berkembang setiap tahun (biasanya pada musim panas) terutama pada rusa jantan (walaupun ada beberapa pengecualian). Ada sekitar 34 spesies rusa di seluruh dunia yang terbahagi menjadi dua kelompok besar: kelompok rusa dunia lama yang termasuk subfamilia Muntiacinae dan Cervinae; serta kelompok rusa dunia baru, Hydropotinae dan Odocoilinae.

Jenis-jenis rusa

  1. Rusa Sika (Cervus nippon),
  2. Rusa Sambar (Cervus unicolor),
  3. Rusa Merah (Cervus elapus),
  4. Rusa Wapiti atau Elk,
  5. Rusa Fallow (Dama-Dama)
  6. Rusa Cital (Axs-Axis),
  7. Rusa Timor atau exotic (Cervus timorensis).

Sumber : Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.