cursor

Selasa, 7 Ogos 2012

Satay Hut Tanjung Karang

~~~Assalammualaikum....ok kali nih saya ingin bercerita tentang makanan pula..hihihi tu sebab saya nih BAM_BAM..hahhahaha...destinasi kali nih pula adalah di :~~~


SATAY HUT
LOT 74, JALAN BESAR,
45500 TANJUNG KARANG 
SELANGOR



Syukur alhamdulillah kali ni kami berkesempatan untuk menikmati juadah disini sekali gus untuk meraikan kejayaan My Hubby diatas usaha dan kerja keras beliau selama ini.Sebenarnya banyak kali jugak kami nak singgah makan disini apabila pulang dari kampung,tp banyak kali jugak lah kami terlepas kerana kebiasaan jalan agak sibuk dengan kenderaan pada hujung minggu serta hari cuti dan kadangkala kami pulang awal pagi untuk mengelakkan jem dari Bagan Datoh menghala ke Kuala Lumpur, tapi restoran ni tak buka lagi...




Ok kat sini yang paling best adalah satay nyer..besar giler...dalam 2 jari saya jugak lah besarnya.Kali pertama kami makan agak terkejut jugak lah,tak pernah jumpe sebesar nih..hihihihi..hanya rm1.30 secucuk.Ok lah tu.


Bagi mereka yang takut ngan satay saiz GIANT tu, boleh jugak order yang saiz biasa.Hanya rm0.70 jer secucuk..dan ketupat hanya rm0.60 sebiji.


Bagi mereka yang tak berminat dengan satay,kat kedai nih ade jugak lah jual makanan yang lain, contohnyer mee (bandung,hailam,goreng dll),nasi (goreng dll),bubur (lambuk),sup (tulang,campur dll), tom yam....dan lain-lain macam kedai lain jugak lah.hihihi..


Bagi yang gila minum ABC...kat sini pon ade..nampak menarikkn ABC dia??...saya bukan pengemar ABC sebenarnya..tp bila terlihat ABC yang di order oleh pelanggan di depan meja kami,saya jadi teringin plak..(hihi mcm mengandung lak)...



Kali nih kami order Teh O ais (2 cawan), Limau ais (secawan), Air Suam (secawan), ABC (1), Mee Bandung (1), Nasi Goreng Cina (1), Satay kecil (10 cucuk), satay besar (5cucuk) & ketupat (2 biji)...hihi total RM27.80...oklah harga tu dan yang paling penting SEDAP...



 Lagi best tgok my hero & my hubby makan satay sampai separuh nak habis...SYUKUR ALHAMDULILLAH pada Allah swt di atas kesempatan rezeki yang telah diberikan kepada kami untuk kami nikmati.........Amin.