Destinasi kedua:
Lokasinya tidak jauh dari
sungai pangsun..jika kita hendak pulang ke Kuala Lumpur kita akan melalui
simpang sungai gabai ini.Jika kita menghala ke Hulu langat sungai pangsun
merupakan destinasi terakhir.Tapi tak tahu lah jika naik ke atas-atas lagi kita
akan tahu tempat yang menarik lagi.Tapi saya tak pernah pergi jauh ke atas lagi
selain daipada pangsun.
Perjalanan ke sungai gabai
ini merupakan kali kedua,yang mana kali pertama saya datang ke sana saya tak
berpeluang masuk kerana orang terlalu ramai pada hari cuti.dalam 500 meter-1km
kot jauh perjalanan kami dari tempat parking kereta ke tempat berkelah.maka
keputusan diambil untuk berpatah kembali.Rugi jer bayar rm2 & rm 10 untuk
family kakak..hahahha so kali nih, amin…kami berpeluang mandi coz org tak
ramai..dlm 3 family kot termasuk kami.Hanya bayar rm1 seorang jer...hihihihi...
Macam biasa kami melihat air
dahulu..ok..alhamdulillah air nyer cantik,tak lah keroh ngat, macam air sungai
biasa lah..tp tak sekeruh n nampak sekotor sg pangsun.Tengok tempat dia pon
ok.cantik sikit & nampak mcm ORANG sikit lah…maka kami pon terjun!!..cantik jugak tempat
dia…Cuma kawasan air terjun tu agak dalam.Itu pon setelah bertanya kat kakak
yang baik hati..coz ahli family dia ade dekat area sana..hahaha..saya tengok
macam boleh naik ke atas lagi coz ada tangga..Cuma kami tak berminat nak daki
coz syahmi ada.Leceh bawa budak kecil naik ke atas..lagi pon takut gak kalo
jadi pape ke…baik je kat bawah..hihihi…
Sejuknyer air dia..syahmi
siap terketar2 lagi…tapi bila ajak balik, tak mahu lak….dia naik ke atas
seketika untuk sambung makan yang tak puas tadi kat sungai pangsun..hihihi…saya
memerhatikan kawasan sekeliling,ok lah ade plastik sampah dan tong
sampah.Maksudnya orang boleh membuang sisa-sisa makanan atau sampah sarap
mereka ke dalam tong atau plastik yang telah disediakan.Dalam hati saya kan
bagus kalo kat sungai pangsun mereka buat macam ini jugak..baru lah terpelihara
sungai kita.Ini tak…nak kolet duit jer kutip sampah tak mahu.kalo tak mahu
kutip sampah pon buat lah papan tanda jgn buang sampah merata2 atau sediakan
satu tempat untuk buang sampah jer.pastu rajin2 lah bakar.tak salah kan???
Dah agak puas berendam,main
tembak-tembak air tangan pon dah kecut,lagi pon dah nak petang sangat,maka kami
pon beransur pulang ke rumah.InsyaAllah lain kali kami akan dtg ke sungai gabai
lagi.Selamat tinggal Sungai Pangsun!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan