Macam yang saya janjikan, saya akan terang kan apa itu nikah Khitbah......jom kita baca artikel dibawah yang saya telah dapat dr sebuah blog/web....
*****Nikah Khitbah – Tiket Untuk Bercouple Halal
Masa kini, siapa antara remaja yang tidak
mempunyai pasangan couple walau rata-rata tahu hukum couple ialah haram. Tetapi
bagaimana nak menghalalkan couple? Nikah Khitbah caranya.
Nikah Khitbah menurut pengamalan orang Arab
moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang
bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan
“akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat
arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di
antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal
bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya,
mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang
difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan
tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?).
Jika ditukarkan nama “nikah gantung”
tersebut kepada “Nikah Khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut
tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh
kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda, duda atau yang nak berpoligami
serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh
menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.
Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan
dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan
sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja. Bunyinya agak mudah, namun realitinya
tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa tidak akan bersetuju. Dalam hal ini,
anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar
zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini
fitnahnya berleluasa dan kerosakan moral telah menggila. Lihatlah apa yang
berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh media massa mengenai
aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa
mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan
suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi
menjurus ke arah maksiat dan nafsu.
Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden
membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden
yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima
arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara
dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua,
iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara
yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan
anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah
peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko
tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.******Sumber: Syahirul | Layari Koleksi Agama Melayukini.net
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Teringat kat bekas penyelia kami.Dah bersara dah kini.Dia juga pernah melalui nikah Khitbah ataupun nikah gantung ni.Tapi pada zaman dahulu tak sesosial berbanding sekarang ini.Tu yangberjaya.Saya rase zaman skang ini tak releven lagi coz yang HARAM pon orang curi-curi buat, ini kan pula yang dah HALAL..hahhaa sendiri mau ingat lah..tu lah payah "bila maksiat turun dari langit" nih....Tv,Hp,Cd dan mcm2 lain..sumer berunsur kan cinta manusia,aksi lucah,adegan couple dll..payah kan???..
Generasi sekarang banyak pendedahan pasal CINTA..segala2nyer novel,cerita,filem, lagu sumernya CINTA KEPADA MANUSIA..couple la sgt....dan sebenarnya mereka ketandusan ilmu kerohanian...kurangnyer ilmu agama..tu yang banyak masalah sekarang ini..apa2 hal maaf ku pinta kerana apa yang saya cerita adalah berdasarkan ape yang pernah saya alami dan orang sekeliling saya.Buat adik sepupu ku..maaf banyak2..kita tak sehaluan dalam pendapat berkahwin awal...bagi saya budak yang berilmu akan bijak menilai malah sekali gus memberi pentanda kematangan dirinya...so pandai2 lah....
****pisttt : Diantara komen-komen yang lepas dua komen ini adalah yang paling aku suke..
******suke
aizat
Alahai, remaja sekarang ni GATAL sangat ke,
kalau xcouple MATI ke? Bersungguh sangat bab2 couple ni.
June 22, 2012 at 6:30 pm
~~~~~~~~~~~tuntut lah ilmu dr buaian hingga ke liang lahat~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~tuntut lah ilmu dr buaian hingga ke liang lahat~~~~~~~~~~~~~~~~~
******Paling suka