cursor

Isnin, 10 Mac 2014

Kemana MAS MH370 - Part 2






Antara rintihan rakyat malaysia ,doa,pertolongan dan kata-kata semangat buat mangsa dan keluarga MH 370 yang saya ambil dari facebook…





  • MH370...

Kapten Zaharie
Saya mungkin tidak kenal tuan,
tetapi saya tahu, tuan sudah lakukan yang terbaik
saya mungkin tidak tahu pandu pesawat
tetapi saya tetap tahu tuan akan lakukan terbaik
saya mungkin sedih dengan hilangnya MH370
tetapi saya tahu keluarga tuan lebih sedih dari saya
kami sedih kehilangan MH370
tetapi saya tahu tuan, jiwa tuan lebih cedera dari kami semua

MH370...
Selagi mereka belum temui rangka kamu
kami di seluruh dunia berharap kamu akan kembali dengan selamat.
kalau ada orang jahat larikan kamu
Kami merayu, kembalikan MH370 ke KLIA
atau terbangkan kamu ke Beijing
seluruh dunia menanti khabar kamu.
Saya harap kamu baik-baik sahaja

Kita mungkin tidak pernah bertemu wahai MH370
tetapi hari ini semua orang mencari-cari kamu
hari ini semua orang menanti kamu
hari ni dunia risaukan kamu
hari ini semua orang sebut kamu

Muncullah MH370
ada jiwa yang menanti anaknya
ada jiwa menanti suaminya
ada jiwa menanti kakaknya abangnya adiknya
ada jiwa menanti isterinya

ada jiwa menanti ibunya
ada jiwa menanti ayahnya
ada jiwa menantikan anaknya

Jiwa kami dan jiwa mereka tidak sama
Kami sedih tetapi tidak akan ada yang lebih sedih dari mereka
Mereka dan kami mungkin bukan sebangsa, seagama
tetapi darah kami sama
merah pekat warnanya

Kasih sayang kami sama
Tuhan, dengan cinta dan rahmatMu
temuikan MH370 segera.
Kami sudah sedia
Kami sudah redha
Kami tahu Kau ada
Kau menentukan segalanya...

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu diam sahaja

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya tadahkan tanganmu berdoa

Manusia aneh-aneh jiwanya
Kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu tutup mata dan telinga.

Manusia aneh-aneh jiwanya
Walau siapa pun mereka, apa bangsa mereka
Kita tetapi mengalirkan darah yang sama
baik kalian diam dan bacalah cuma.

MH370 muncullah kamu segera
kami semua akan bersedia. -MN-



  •   kemana la lokasi pesawat tu pergi...makan ke x mereka tu....
  •  hoping for miracle... My thoughts and prayers are with them.. ‪#‎prayforMH370‬
  •  Byk org post pasal pesawat yg hilang.byk gak sy dpt berita.tp biarlah rahsia.ape yg pasti marilah kita bdoa agar keajaiban muncul.jika mati atau hidup xpe janji jumpe ke semua mangsa yg terlibat.mari kita brdoa n selebihnya biar lah takdir menentukan..
  •  setuju dengan kata2 Dato Fadzilah kamsah..apara wartawan ni..g nak interview family mas 370 yg tgh trauma..patut interview la kaunselor2 yg ditugaskan tanya lah ape perkembangan mereka..akak aku pon ckp benda yg same..tp sian jugak kat wartawan nih..dah keje depe gitu...nak nom 1 berita...mesti tersepit kan kan kan antara kerjaya & emosi...
  • Terkini, seorang penumpang pesawat MH 370 yang sepatutnya menaiki pesawatnya semalam telah mengupload sekeping gambar tiketnya kerana beliau dilaporkan telah terlepas penerbangan tersebut.
    Penumpang tersebut yang bernama Nik Muhammad Hezrin telah mengupload gambar tiket penerbangan MH 370 miliknya beberapa jam lepas setelah beliau terlepas penerbangan tersebut semalam.
    Gambar ini kecoh tersebar di media sosial dan internet. Alhamdulillah syukur dia selamat. Ayuh, sama-sama kita doakan agar nasib semua penumpang MH 370 baik-baik sahaja dan selamat dunia akhirat.
  •  
 


  •  Bantuan dari Singapore..

‪#‎PRAY_4_MH370‬



  • Indonesia juga menghantar 5 kapal perang dan 1 helikopter untuk membantu Malaysia dalam usaha mencari pesawat MH370.






  • FBI hulur bantuan siasat kes pesawat MH370 hilang

    WASHINGTON 9 Mac - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) menghantar beberapa ejen dan pakar Biro Siasatan Pusat (FBI) untuk membantu siasatan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, lapor akhbar LA Times pada hari ini.
    Menurut LA Times, ejen FBI akan membantu meneliti rakaman imej setiap penumpang MH370 menerusi rakaman video di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menggunakan pangkalan data antikeganasan.
    Seorang pegawai kanan penguatkuasa undang-undang di Washington berkata, penumpang keempat yang digambarkan sebagai seorang bayi yang turut berada di dalam pesawat itu dipercayai warga negara AS.
    "Senarai tersebut membolehkan kami terlibat dalam kes ini. Namun buat masa ini apa yang berlaku merupakan satu yang misteri.
    “Bagaimanapun dua penumpang yang menggunakan pasport curi belum cukup membuktikan kes kehilangan pesawat MH370 mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan," kata pegawai itu. - DPA/AGENSI

     (sumber dari utusan online)

Tiada ulasan: