cursor

Ahad, 30 Mac 2014

Kemana MAS MH370 -Part 4




Kronologi pesawat MH 370


~~~~Ni yang sempat aku follow..yg selebihnyer pandai2 lah cari kat blog lain tak pon,search kat you tube berita awani , rtm ke atau memana... huhuhuhu bz ler plak & skip2 follow berita coz dah tahu dah jln cerita yg same......so im sorry & akan ku cuba terbitkan mengikut berita semasa..insyaAllah~~~



Hari pertama -  08-03-2014
  • MH 370 berlepas pada jam 12.41pm hari sabtu dr KLIA kuala lumpur menuju ke beijing, China membawa 227 penumpang & 12 anak kapal & sepatutnya mendarat di beijing China pada 6.30 pagi .
  • sekitar jam 1.30am terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara dan 2.40am hilang dari radar.
  • Lokasi terakhir, pesawat tersebut ialah di sekitar Laut China Selatan pada 120 batu nautika timur Kota Baharu.


Hari kedua - 09-03-2014

  • Penemuan Objek berupa Komponen Pintu Pesawat atau cermin pesawat Di Perairan Vietnam
  • setelah dikaji & di teliti ia bukan dr pesawat MH370 & ianya tidak benar 


Hari ketiga - 10-03-2014

  • Radar TUDM Tunjukkan Indikasi Kemungkinan Pesawat Cuba Berpatah Balik
  • Panglima Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata "Kami juga telah meluaskan kawasan operasi mengesan pesawat di Laut China Selatan tersebut di mana, kami telah meminta bantuan pihak berkuasa Indonesia untuk turut serta membantu kami dalam mengesan pesawat tersebut di perairan mereka,”.
  • tiadanya isyarat kecemasan atau panggilan dari pesawat tersebut selepas hilang dari komunikasi radar.


Hari Kelima - 12-03-2014

  • azan di alunkan di atas kapal polis marin
  • negara india menhantar bantuan dan  menjalanan rondaan di sekat melaka
  • brunai turut serta menghantar pasukan mencari MH 370
  • rakit penyelamat pesawat di temui oleh nelayan di port dickson & di siasat
  • kawasan perairan vietnam mula boleh di masuki oleh pasukan penyelamat luar
  • kapal terbang negara indonesia mulai membuat rondaan di perairan acheh
  • thailand membantu mencari di perairan laut andaman
  • perdana menteri malaysia meminta agar rakyat bertenag,bersabarr dan terus berdoa
  • rakyat malaysia terus membuat solat hajat.


Hari ke enam 13-03-2014 hingga ke enam belas 23-03-2014

  • satelit china temui kawasan disyaki MH370 berada melalui imej yg dirakam kn sehari selepas pesawat tersebut hilang & tidak didedahkan.Agensi China memberikan koordinat longitud timur 105,63, 6.7 latitud utara, bermula dr perairan timur laut di mana ia berlepas dari Kuala Lumpur, Malaysia, dan selatan Vietnam, berhampiran Laut China Selatan bertemu Teluk Thailand.
  •  radar TUDM mengesan pesawat yg tidak diketahui kira-kira 200 batu nautika di barat laut pulau pinang pada sabtu lalu & disiasat kerana tidak semestinya MH370 yg disyaki berpatah balik.
  • datang nyer raja bomoh yg membuat "andaian"
  • berlaku spesikulasi & tohmahan serta macam2 respon dr andaian Raja Bomoh tersebut.

Hari ke 16  23-03-2014


  • satelit china,perancis dan australia mengesan objek di lautan hindi.
  • palet kayu,tali pinnggang atau pengikat dikesan
  • amsa akan membuat pengesahan dan kajian ini kerana syarikat perkapalan juga menggunakannya.
  • rm8.22 juta kos yg digunakan untuk mencari MH370 ini.
  • waris warga china menafikan menerima layanan buruk di Malaysia.
  • mas & boieng bakal kene saman as 1.5 million.


24-03-2014 - 29-03-2014


  • Perdana Menteri mengumumkan MH370 berakhir di Lautan Hindi....
  •  Penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perkembangan terbaru ini kepada pemberita sebentar tadi berkata beliau telah dimaklumkan perkara ini oleh wakil Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) dari Britain. Najib berkata pakar analisis data satelit Inmarsat, yang sebelum ini memberi anggaran lokasi pesawat itu di dua koridor utara dan selatan, merumuskan bahawa pesawat malang itu mengakhiri perjalanannya di tengah-tengah Lautan Hindi di barat bandaraya Perth, Australia. “Ini merupakan lokasi terpencil, jauh dari mana-mana kawasan landasan. “Dengan penuh rasa sedih dan kesal, saya ingin memaklumkan kepada anda, bahawa berdasarkan data baru ini, penerbangan MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi,” kata Najib. Berikut adalah petikan dari sidang media Najib melalui Twitter..
  • lebih banyak objek terapung yg di cerap oleh satelit 

Tiada ulasan: