cursor

Isnin, 10 Mac 2014

Kemana MAS MH370?- Part 1





Salam Takziah…



Kapal terbang MAS hilang pagi tadi (08-03-2014)??aku pon mula-mula terkejut jugak mendengar cerita ini..kali pertama aku dengar melalui sahabat baik ku Zurina Hafsah di Ipoh.Maka aku pon mulai mengikuti perkembangan kes ini di media massa & di Channel Khas Buletin Awani.


Sehingga sekarang masih buntu,masih tidak ketemui lagi pesawat tersebut.Salam Takziah,al fatihah buat kesemua terlibat.Marilah kita sama-sama sedekah alfatihah dan doa-doa lain agar mereka selamat dijumpai tidak kira hidup mahupun mati.Namun yang membuat kan aku kecewa ade pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab mempolitik kan isu ini dan membuat fitnah yang macam-macam.Tidak ketinggalan juga yang mendoakan buat mangsa serta membuat solat hajat untuk mereka.


Harapan ku,marilah rakyat malaysia sama-sama kita terus berdoa serta membuat solat hajat agar negara kita tidak menimpa musibah lagi dan agar pesawat itu di jumpai..cukup-cukup lah yang sedia ada ini…amin hirobbil alamin..


Pistt : teringat dulu aku selalu ulang-alik kl-kuching naik MAS.pastu pergi kedah…huh delay atas laut,berpusing-pusing coz cuaca tak elok nak mendarat.Tp Alhamdulillah walaupun macam-macam aku dah penah rase,tapi amin selamat…


Tiada ulasan: