cursor

Jumaat, 2 Oktober 2015

Tahniah kerana ketulusan hati anda...



Sejuk hati..tahniah kepada anda...semoga anda mendapat segala syafaat dan semoga urusan anda dipermudahkan oleh Allah sepertimana anda mempermudahkan urusan orang lain, apatah lagi seseorang itu sangat-sangat memerlukan dan uzur..alhamdulillah......



antara petikan di google : 

KUALA LUMPUR: Gambar seorang petugas media Malaysia mendukung seorang jemaah haji wanita sejauh tujuh kilometer di Mina, mendapat pujian daripada orang ramai. Gambar yang dimuat naik oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, di laman Facebooknya itu turut dikongsi oleh beberapa pengguna Facebook. Petugas media berkenaan adalah jurukamera TV3, Jasme Saidin. Asyraf Wajdi turut menzahirkan kekagumannya terhadap petugas media dan petugas Tabung Haji (TH) yang banyak membantu jemaah Malaysia sepanjang musim haji kali ini. "Tabik dan kagum saya pada petugas TH dan media yang tidak kenal erti lelah dan penat menjalankan amanah serta tanggungjawab memastikan kebajikan jemaah haji Malaysia. "Teringat lagi kata-kata seorang jemaah haji warga emas kepada saya tatkala saya melawat hospital. Katanya, anak makcik pun tidak layan makcik sebagaimana petugas TH jaga dan layan makcik. "Sebak dan hampir mengeluarkan air mata tatkala mendengarnya. Syabas buat semua," katanya yang kini turut berada di Tanah Suci.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/84646






* Alhamdulillah.....berbangga lah wahai sang ibubapa,sang isteri & sang anak2 dengan beliau kerana beliau,komitted dalam menjalankan tugas & alhamdulillah mempunyai hati yang baik.....


Tiada ulasan: